Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cabaran berpuasa 18 jam di Greenland & Iceland; paling lama di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Cabaran berpuasa 18 jam di Greenland & Iceland; paling lama di dunia

(Gambar: Jonathan Nackstrand/AFP)

RIYADH: Lebih satu bilion umat Islam mula berpuasa pada bulan Ramadan ini yang bermula sama ada Khamis atau Jumaat lalu.

Menurut Al Arabiya News, tempoh berpuasa  adalah antara 10 hingga 18 jam bergantung kepada lokasi geografi.

Perbezaan tempoh waktu berpuasa disebabkan kelainan dari segi tempoh siang dan malam berdasarkan kecondongan bumi dan kedudukan antara bumi dan matahari.

Di negara yang terletak berhampiran Garis Khatulistiwa, tempoh puasa lebih singkat dan semakin jauh negara dari garis itu, maka semakin lama tempoh umat Islam berpuasa.

Secara purata, tempoh puasa adalah antara 14 hingga 15 jam. Di Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, umat Islam di negara-negara itu  berpuasa kira-kira 14 jam sehari.

Berikut adalah negara dengan tempoh puasa Ramadan paling panjang dan paling pendek untuk 2023:

TEMPOH PUASA PALING LAMA

1. Nuuk, Greenland: 18 jam

2. Reykjavik, Iceland: 18 jam

3. Helsinki, Finland: 17 jam

4. Glasgow, Scotland: 17 jam

5. Ottawa, Kanada: 17 jam

6. London, United Kingdom: 16-17 jam

7. Paris, Perancis: 16-17 jam

8. Zurich, Switzerland: 15 jam

9. Rom, Itali: 15 jam

10. Madrid, Sepanyol: 15 jam

TEMPOH PUASA PALING PENDEK

1. Christchurch, New Zealand : 12 jam

2. Puerto Montt, Chile: 12 jam

3. Buenos Aires, Argentina: 12 jam

4. Jakarta, Indonesia: 13 jam

5. Kuala Lumpur, Malaysia: 13 Jam

6. Singapura: 13 jam

7. Nairobi, Kenya: 13 jam

8. Karachi, Pakistan: 13-14 jam

9. New Delhi, India: 13-14 jam

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan