Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bunyi batuk kanak-kanak ini seperti wisel. Ternyata...

Bukan batuk biasa. Setiap kali kanak-kanak berusia empat tahun ini batuk, akan ada bunyi wisel, dan ini berlarutan selama dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Bunyi batuk kanak-kanak ini seperti wisel. Ternyata...

Doktor sempat keliru selepas bunyi wisel kedengaran setiap kali kanak-kanak ini batuk. (Gambar: Jurnal Perubatan The New England/ Facebook)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 06:27PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 06:35PM

NEW DEHLI: Bukan batuk biasa. Setiap kali kanak-kanak berusia empat tahun ini batuk, akan ada bunyi wisel, dan ini berlarutan selama dua hari.

Keadaan ini mengelirukan para doktor yang memeriksa kanak-kanak lelaki itu. Kes tersebut diterbitkan dalam satu jurnal perubatan Britain baru-baru ini.

Menurut jurnal tersebut, pesakit dikejarkan ke klinik otorinolaringologi tahun lalu selepas ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa bimbang kerana anak mereka "tidak berhenti batuk selama dua hari dan beberapa kali terdapat bunyi wisel".

Ketika doktor menjalankan imbasan x-ray ke atas pesakit tersebut, mereka mendapati bahawa paru kirinya bengkak disebabkan satu objek yang menghalang saluran nafas ke paru-parunya.

Ibu bapa pesakit itu mendedahkan bahawa anak mereka bermain dengan wisel sebelum jatuh sakit.

Lantaran itu, para doktor memutuskan untuk melakukan prosedur bronkoskopi - satu kaedah yang memerlukan mereka untuk menggunakan tiub yang halus, bronkoskop, yang dimasukkan ke dalam tubuh, melalui bahagian kerongkong dan paru-parunya.

Hanya melalui kaedah inilah, pasukan perubatan berjaya menarik keluar objek tersebut yang ternyata mainan wisel.

"Jika ada objek lain yang tersumbat di paru-parunya, akan ada bunyi bising atau berdehit (wheezing), tidak akan ada bunyi wisel," menurut penulis jurnal tersebut, Dr Pirabu Sakthivel, yang juga bertugas dalam jabatan onkologi dan pembedahan kepala dan leher di hospital tempatan, AIIMS.

"Objek yang tersumbat dalam saluran pernafasan memang sering berlaku," tambahnya. "Tetapi kali ini berbeza kerana bunyi wisel itu memang tidak pernah didengari."

Satu video selama lapan saat yang menunjukkan "batuk wisel" kanak-kanak tersebut dikongsi di laman Facebook oleh The New England Journal of Medicine.

Menurut laporan itu lagi, kanak-kanak itu menjalani rawatan susulan selama setahun dan sudah pulih.

Pada bulan Mac tahun ini, seorang kanak-kanak perempuan didapati tertelan duit syiling yang tersumbat di kerongkongnya.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan