Bunuh, bakar teman wanita hamil: Lelaki direman lagi 5 hari
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu (3 Jun).
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini (29 Mei).
Menurutnya, saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.
Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut. Ini selain dia dikelar di perut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, pada Isnin lalu.
Supt Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun, yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala, lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10.00 malam pada 22 Mei lalu.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.