Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bunga anggerik dinamakan sempena PM New Zealand Jacinda Ardern semasa lawatan ke S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu bunga anggerik akan diberi nama sempena nama Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern apabila beliau mengadakan lawatan ke negara ini pada minggu ini.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan hari ini (18 Apr).

Cik Ardern akan berada di Singapura dari hari ini hingga Rabu (20 Apr) sebagai sebahagian daripada satu misi perdagangan. Ketibaannya akan disambut dalam satu upacara penuh istiadat di istana pada Selasa (19 Apr), menurut MFA.

Beliau akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Cik Ardern juga akan menerima sejenis orkid hibrid baru yang dinamakan sempena namanya semasa lawatan tersebut, menurut MFA.

Ini merupakan lawatan luar negara pertama Cik Ardern sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Delegasi beliau dijangka akan menandatangani kerjasama dan memorandum persefahaman yang memperkukuh kerjasama serta inovasi dua hala.

Lawatan Cik Ardern mengesahkan semula hubungan baik antara Singapura dengan New Zealand.

Cik Ardern akan diiringi oleh pasangannya, Encik Clarke Gayford, Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand, Damien O'Connor dan para pegawai kanan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan