Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bumi selamat dari dilanggar asteroid lagi 100 tahun

Bumi selamat dari dilanggar asteroid lagi 100 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bumi selamat dari dilanggar asteroid lagi 100 tahun

(Gambar: NASA)

Diterbitkan : 30 Mar 2021 11:58PM Dikemas Kini : 30 Mar 2021 11:59PM

AMERIKA SYARIKAT: Ini berita baik!

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) melaporkan bahawa bumi akan selamat daripada dihentam sebarang asteroid bagi tempoh selama 100 tahun lagi.

Agensi angkasa lepas itu mengumumkan pada minggu ini bahawa pemantauan baru menerusi teleskop menolak sebarang kemungkinan Apophis, iaitu asteroid besar yang berada dekat dengan bumi, akan melanggar bumi pada 2068.

Ia adalah batu angkasa yang sama bersaiz 340 meter yang sepatutnya bergerak sangat hampir dengan bim pada tahun 2029 dan sekali lagi pada 2036.

NASA bagaimanapun menyatakan bahawa tiada kemungkinan berlaku perlanggaran pada kedua-dua tahun itu.

Namun masih terdapat kemungkinan berlaku perlanggaran pada tahun 2068.

"Kesan (perlanggaran) pada 2068 tidak lagi mungkin berlaku dan kiraan kami menunjukkan tiada sebarang kesan risiko bagi sekurang-kurangnya 100 tahun mendatang," kata Davide Farnocchia dari Pusat NASA bagi Kajian Objek Berhampiran Bumi, dalam kenyataannya pada Jumaat (26 Mac).

Para saintis berjaya meramalkan putaran Apophis di sekeliling matahari menyusuli pemantauan radar awal bulan ini, apabila asteroid melalui dalam jarak 17 juta kilometer.

Apophis akan bergerak dalam jarak 32,000 kilometer pada 12 April 2029, membolehkan para pakar astronomi melihatnya dengan lebih dekat.

"Apabila saya mula ditugaskan untuk meneliti asteroid selepas kolej, Apophis adalah contoh asteroid berbahaya," menurut Encik Farnocchia.

"Terdapat semacam satu kepuasan apabila melihat ia dikeluarkan daripada senarai risiko." 

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan