Bumi berputar lebih pantas, hari semakin pendek, apa kesannya?
Anggaran Waktu Membaca:
Bumi. (Gambar: NASA/Unsplash)
- Pada 10 Julai lalu, hari terpendek tahun ini dicatatkan, 1.36 milisaat kurang daripada 24 jam.
- Walaupun perbezaannya hanya milisaat dalam kehidupan seharian, ia boleh menjejas komputer, satelit, dan telekomunikasi dalam jangka panjang.
- Sebanyak 27 detik lompat sudah ditambah sejak itu, tetapi kadar penambahannya semakin perlahan kerana putaran Bumi semakin pantas.
- Para saintis percaya jika pemanasan bumi berterusan, kesan perubahan iklim mungkin akan mengatasi kesan bulan dalam menentukan putaran Bumi pada akhir abad ini.
WASHINGTON: Bumi kita sedang berputar lebih pantas, menjadikan hari-hari pendek sedikit, satu fenomena yang menarik perhatian para saintis dan perakam waktu.
Pada 10 Julai lalu, hari terpendek tahun ini dicatatkan, 1.36 milisaat kurang daripada 24 jam. Hari ini (22 Jul) dan 5 Ogos juga dijangka lebih pendek.
KESANNYA PADA TEKNOLOGI?
Secara purata, satu hari selama 24 jam, tetapi putaran Bumi tidak sekata akibat faktor seperti tarikan graviti bulan, perubahan musim pada atmosfera, dan pengaruh teras cecair Bumi.
Walaupun perbezaannya hanya milisaat dalam kehidupan seharian, ia boleh menjejas komputer, satelit, dan telekomunikasi dalam jangka panjang.
Perubahan masa ini dikesan menggunakan jam atom, yang sangat tepat. Masa global, dikenali sebagai UTC (Coordinated Universal Time), ditetapkan berdasarkan jam-jam ini, menurut Space.com.
Para pakar bimbang trend ini boleh membawa kepada masalah seperti "Y2K" jika detik tidak diselaraskan.
"Y2K" adalah detik pada pergantian abad yang lalu apabila dunia menyangka sejenis 'kiamat' akan berlaku kerana komputer mungkin tidak dapat mengendalikan format tarikh baharu, dari '99' ke '00', lapor CNN.
"DETIK LOMPAT" DAN MASA DEPAN
Pada 1972, "detik lompat" (leap second) mula diperkenalkan untuk menyelaraskan masa atom dengan putaran Bumi.
Sebanyak 27 detik lompat sudah ditambah sejak itu, tetapi kadar penambahannya semakin perlahan kerana putaran Bumi semakin pantas.
Menjelang 2035, detik lompat mungkin dihentikan.
Namun, jika Bumi terus memecut, ada 40 peratus kemungkinan "detik lompat negatif" (iaitu satu saat dikeluarkan) perlu dilakukan. Ini sesuatu yang belum pernah terjadi dan menimbulkan kebimbangan besar pada sistem teknologi, lapor CNN.
PUNCA BUMI PUTAR LEBIH PANTAS
Perubahan pada putaran Bumi dipengaruhi oleh bulan, pasang surut, dan perubahan musim.
Semasa musim panas, Bumi berputar lebih pantas kerana atmosfera melengah (contohnya, aliran udara jet bergerak). Teras cecair Bumi juga melengah, menyebabkan Bumi pepejal di sekelilingnya memecut.
Yang menariknya, pencairan ais di Antartika dan Greenland akibat perubahan iklim sebenarnya membantu melengahkan putaran Bumi, sekali gus mengimbangi sedikit kelajuan, lapor CNN.
Jika ais tidak mencair, kita mungkin sudah memerlukan detik lompat negatif.
Para saintis percaya jika pemanasan bumi berterusan, kesan perubahan iklim mungkin akan mengatasi kesan bulan dalam menentukan putaran Bumi pada akhir abad ini.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.