Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bumbung Masjidil Haram siap sambut jemaah

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Kawasan bumbung di Masjidil Haram siap dibuka kepada jemaah dan pengunjung atas arahan Pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, lapor Saudi Gazette.

Presiden Pejabat Sheikh Dr. Abddurahman Bin Abdulaziz Al-Sudais, mengarahkan semua kemudahan dan khidmat dibuka kepada jemaah termasuk kawasan beranda yang menghadap Mataf.

Memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), kawasan beranda itu diperuntukkan untuk jemaah Umrah, manakala kawasan di belakang bagi jemaah lain yang menunaikan ibadah  di masjid tersebut. Selain itu, 330 pegawai bertugas diarah untuk mengatur dan menguruskan jemaah mengikut jadual bulan Ramadan. 

Ia juga menerangkan bahawa semua tangga bergerak, lif dan sistem audio siap beroperasi sepenuhnya dan diselia sebuah pasukan khas untuk memastikan pelaksanaannya mengikuti prinsip-prinsip teknikal tertentu.

Sejak masuknya bulan Ramadan yang mulia ini, sebanyak 48 pintu masuk ke Masjidil Haram dibuka termasuk 17 di kawasan perluasan yang ketiga, 23 di kawasan Raja Fahd dan tujuh di kawasan Mas'a serta di jambatan Ajyad. 

Ia juga memperuntukkan 38 pintu khusus untuk jemaah Umrah memasuki Masjidil Haram, selain empat bagi khidmat kecemasan bagi jemaah Umrah. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan