Bumbung, lantai universiti Rusia runtuh; beberapa orang terperangkap
Sebahagian bumbung dan beberapa lantai sebuah universiti yang terletak di bandar St Petersburg, Rusia runtuh pada sebelah malam Sabtu (16 Feb).
Runtuhan universiti di St Petersburg berlaku semasa kerja ubah elok dijalankan. (Gambar: Dmitri Lovetsky/AP)
MOSKO: Sebahagian bumbung dan beberapa lantai sebuah universiti yang terletak di bandar St Petersburg, Rusia runtuh pada sebelah malam Sabtu (16 Feb).
Agensi-agensi berita tempatan melaporkan bahawa beberapa orang terperangkap di bawah timbunan runtuhan. Namun, pihak berkuasa menyatakan tiada sesiapa yang maut dalam kejadian di Universiti Kajian Nasional Teknologi Maklumat, Mekanik dan Optik itu.
Runtuhan tersebut berlaku semasa kerja ubah elok sedang dijalankan.
Pihak berkuasa sudahpun memulakan siasatan jenayah tentang kemungkinan peraturan keselamatan tidak dipatuhi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.