Bulu burung, darah ditemui dalam kedua-dua enjin Jeju Air yang terhempas
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pasukan penyiasat menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terbabas di landasan semasa mendarat dan melanggar tembok di Lapangan Terbang Muan di tenggara Korea Selatan bulan lalu, menurut sumber Reuters.
179 orang mati dalam nahas pesawat Boeing 737-800 itu.
Kira-kira empat minit sebelum nahas tersebut, salah seorang juruterbangnya melaporkan bahawa pesawat berkenaan berlanggar dengan burung.
Beliau sempat melakukan panggilan darurat dan cuba mendarat di hujung landasan yang bertentangan, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.
Dua minit sebelum isyarat kecemasan Mayday dikeluarkan, kawalan trafik udara telah memberi amaran tentang "aktiviti burung" di kawasan itu.
Awal bulan ini, penyiasat berkata bulu burung telah ditemui pada salah satu enjin di tempat kejadian, sambil menambah bahawa rakaman video menunjukkan terdapat 'serangan burung' pada enjin pesawat.
Kementerian pengangkutan Korea Selatan enggan mengulas sama ada bulu burung dan darah ditemui dalam kedua-dua enjin.
Dua kotak hitam pesawat itu - kunci untuk mengetahui punca nahas bulan lalu - berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum kemalangan, menimbulkan cabaran kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Bekas penyiasat kemalangan kementerian pengangkutan, Sim Jai-dong, berkata pada Ahad data yang hilang itu mengejutkan dan mencadangkan semua kuasa elektrik, termasuk kuasa simpanan, mungkin terpotong, yang jarang berlaku.
Serangan burung yang memberi kesan kepada kedua-dua enjin juga jarang berlaku dalam penerbangan di seluruh dunia, walaupun terdapat kes di mana juruterbang berjaya mendaratkan pesawat tanpa kematian termasuk pendaratan sungai "Miracle on the Hudson" di Amerika Syarikat pada 2009 dan pendaratan di ladang jagung di Rusia pada tahun 2019.

Sumber : Agensi berita/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.