Bulan Sabit Merah Saudi sediakan lebih 120 ambulans, 100 kenderaan sokongan untuk jemaah haji
Anggaran Waktu Membaca:
Tahap kesiapsiagaan bagi musim Haji tahun ini, setakat Sabtu lalu, melebihi 97 peratus berbanding 81 peratus pada 2024. (Gambar: AFP)
MAKKAH: Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan di Makkah bagi menyediakan perkhidmatan ambulans berkualiti kepada jemaah haji sebagai sebahagian daripada persiapan untuk musim Haji 1446 Hijrah.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pihak berkuasa itu telah menyediakan lebih 120 unit ambulans yang beroperasi sepanjang masa serta menambah lebih 100 kenderaan sokongan di sekitar Makkah.
Daripada jumlah itu, 80 unit ambulans dikerahkan ke kawasan-kawasan utama: 45 di timur laut dan barat, 15 di selatan, dan 20 di kawasan tengah.
Pasukan-pasukan yang terlibat merangkumi lebih 160 petugas kecemasan, disokong oleh lebih 100 ambulans, 12 kenderaan kecemasan bermotor dan tiga kereta golf yang dilengkapi dengan peralatan perubatan kecemasan untuk berfungsi sebagai ambulans mudah alih di kawasan-kawasan yang sukar diakses. Langkah itu bagi memastikan kesiapsiagaan penuh sekiranya berlaku bencana atau krisis.
Di Masjidilharam, lebih 30 unit kecemasan turut disediakan, termasuk tujuh pasukan di kawasan Mas’a dan Koridor Saudi, lapan pasukan di Mas’a dan dataran timur, 10 pasukan di dataran barat dan selatan, serta dua pasukan di kawasan pengembangan ketiga Masjidilharam.
Unit-unit ini dikendalikan oleh lebih 60 paramedik, dengan sokongan 16 kereta golf perubatan bagi memastikan tindak balas segera terhadap kecemasan di kawasan berkepekatan tinggi.
Usaha itu merupakan sebahagian daripada sistem penyelarasan bersama pelbagai agensi kerajaan yang bertujuan mempertingkat keselamatan pengangkutan perubatan serta memastikan perkhidmatan terbaik disediakan kepada jemaah haji.
Operasi ini turut dibantu oleh lebih 550 sukarelawan lelaki dan wanita dari pasukan Bulan Sabit Merah yang ditempatkan di lebih 200 unit yang beroperasi sepanjang masa. Mereka khusus dalam sokongan perubatan kecemasan dan memberi bantuan di semua kawasan sesak.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.