Skip to main content

Dunia

Bulan Sabit Merah Palestin salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza

Sukarelawan PRCS akan mengagihkan daging itu selama tiga hari berturut-turut kepada ribuan keluarga dengan penyelarasan bersama badan dan jawatankuasa komuniti tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Sabit Merah Palestin salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza

Sukarelawan PRCS akan mengagihkan daging korban selama tiga tiga hari berturut-turut kepada ribuan keluarga. (Gambar: X/PRCS)

Diterbitkan : 21 Jun 2024 11:54AM

TEBING BARAT: Bantuan kemanusiaan berupa bekalan daging sebanyak 11 tan telah tiba di Tebing Barat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan kru kapalnya akan memindahkan bantuan berkenaan ke Carikan Gaza dan akan diedarkan kepada semua rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di tengah dan selatan Gaza.

Sukarelawan PRCS akan mengagihkan daging itu selama tiga hari berturut-turut kepada ribuan keluarga dengan penyelarasan bersama badan dan jawatankuasa komuniti tempatan.

Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.

Penyampaian bantuan kemanusiaan menjadi tegang sejak Israel merampas dan menutup sempadan Rafah dengan Mesir pada awal Mei.

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita