Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Buku dijadikan upah kutip sampah: pustaka bergerak ini bantu pupuk minat membaca

Seorang pustakawan di pulau Jawa, Indonesia meminjamkan buku kepada kanak-kanak sebagai ganti bagi sampah yang mereka kumpul.

Anggaran Waktu Membaca:
Buku dijadikan upah kutip sampah: pustaka bergerak ini bantu pupuk minat membaca

Gambar: Facebook/Roro Hendarti

Diterbitkan : 13 Nov 2021 09:37PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 09:40PM

PURBALINGGA, INDONESIA: Seorang pustakawan di pulau Jawa, Indonesia meminjamkan buku kepada kanak-kanak sebagai ganti bagi sampah yang mereka kumpul.

Usaha itu adalah satu cara baru untuk membersihkan alam sekitar di samping mengajak kanak-kanak supaya lebih tekun membaca.

Gambar: Facebook/Roro Hendarti

Setiap hari kerja, Raden Roro Hendarti menunggang motosikal tiga roda bersama buku-buku di bahagian belakang kenderaan itu untuk ditukarkan dengan cawan-cawan plastik, beg-beg dan sampah sarap yang dikutip oleh kanak-kanak dari kampung Muntang.

Raden memberitahu Reuters bahawa beliau sebenarnya membantu untuk menyemai minat gemar membaca dalam kalangan kanak-kanak itu selain menyuntik kesedaran tentang alam sekitar.

Sebaik sahaja beliau tiba, kanak-kanak, yang ditemani oleh ibu-ibu mereka akan mengerumuni "Perpustakaan Sampah" itu dan berebut-rebut untuk mendapatkan buku setiap seorang.

Menurut Raden, beliau gembira dengan usaha itu, lebih-lebih lagi setelah melihat kanak-kanak tersebut tidak lagi menghabiskan masa bermain permainan online.

"Mari kita memupuk budaya gemar membaca dari usia muda lagi untuk mengurangkan kesan buruk dunia online," kata Raden. "Kita juga seharusnya mengawal sisa-sisa kita bagi menangani perubahan iklim dan menyelamatkan bumi daripada dicemari sampah sarap," tambahnya lagi.

Menurut Reuters, beliau berhasil mengumpul sekitar 100kg sampah setiap minggu yang kemudian disaring oleh rakan-rakannya untuk dikitar semula atau dijual.

Raden mempunyai bekalan 6,000 buku untuk dipinjamkan dan mahu membawa khidmatnya itu ke kawasan-kawasan kejiranan juga.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan