Bukan saja murah, ayam juga lebih besar
Isu kos sara hidup adalah salah satu isu yang paling diberi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Hidangan nasi lemak yang dijual pada harga RM2 saja. (Gambar: @RadjaAfifKedah/Instagram)
ALOR SETAR: Isu kos sara hidup adalah salah satu isu yang paling diberi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyedari hakikat itu, seorang peniaga di Pasar Borong Jalan Putra, Alor Setar mengambil inisiatif untuk menjual hidangan nasi lemak dengan harga RM2 (70 sen) sahaja.
Menurut laporan Sinar Harian, pengguna Twitter, Radja Afif, melahirkan rasa teruja dan berpuas hati kerana membeli makanan dengan harga murah dan enak.
Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata: "Nasi lemak pasar borong, ayam lagi besar dari nasi hanya harga RM2 (70 sen) sahaja. Hahaha.. Mana mahu dapat?"
Paparan gambar yang menunjukkan pelbagai jenis lauk pauk dengan harga sangat berpatutan itu dimuat naik ke laman media sosial dan mendapat perhatian netizen sehingga ia dikongsi 1,100 kali, lapor Sinar Harian.
Netizen Noor Adibah Shafie tidak mempercayai berita itu namun pengguna Twitter, Balmond menyatakan lokasi itu adalah 'port'nya, malah berpuas hati dengan hidangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.