Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bukan mudah untuk siasat golongan atasan, tegas PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan mudah untuk siasat golongan atasan, tegas PM Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap di Pesta Ponggal Kebangsaan 2024. (Gambar: Bernama)

KLANG: Usaha kerajaan Malaysia untuk menghukum mereka yang terlibat dengan rasuah, termasuk tokoh-tokoh terkemuka tidak harus dipersoalkan.

Dalam ucapannya sempena Pesta Ponggal Kebangsaan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau berasa pelik apabila sesetengah pihak mengkritiknya dan menganggap usaha itu sebagai kejam.

"Apabila kita nak ambil tindakan, ada yang marah. Kata mereka, Perdana Menteri kasar sangat, sibuk nak ambil tindakan.

"Bagi saya, ini aneh. Sepatutnya sokong. Bukan senang nak siasat 'Tun-Tun'. Siasat ketua kampung, senang. Siasat cikgu sekolah Tamil senang, tapi siasat orang kaya yang curi duit tak mudah.

"Oleh kerana kita nak jaga negara, jangan bagi orang curi harta rakyat, kita akan buru penjenayah ini walau dengan apa cara sekalipun," katanya kepada Astro AWANI.

Tambah PM Anwar, selepas melalui pelbagai kesukaran sebelum dilantik sebagai perdana menteri, beliau tidak mungkin akan melupakan atau memungkiri janji untuk berkhidmat kepada setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama.

"Setelah susah payah masuk keluar penjara, tak mungkin selepas ada jawatan saya lupa janji.

"Saya pernah katakan dahulu, mahu jadi pemimpin di negara ini, mesti siap dasar yang jelas. Anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, semua anak saya.

"Sekarang masa untuk terjemahkan (tunai janji). Setahun sudah berlalu, kita baru adakan pemukiman, jadi kita akan tingkatkan usaha walaupun bukan mudah," ujarnya lagi.
Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan