Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bukan mudah Mahathir jadi PM, tegas menteri UMNO

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan laluan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 tidak semudah yang disangka.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan mudah Mahathir jadi PM, tegas menteri UMNO

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. (Gambar: Shahidan Kassim/Facebook)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 09:35AM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 09:42AM

KUALA NERUS: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan laluan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 tidak semudah yang disangka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Dr Mahathir perlu membuktikan keupayaannya dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri terlebih terdahulu sebelum bertanding sebagai Anggota Parlimen.

Beliau berkata demikian semalam (4 Dis) ketika diminta mengulas cadangan Pakatan Harapan mahu melantik Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai perdana menteri sementara dan timbalan perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-14.

Datuk Seri Dr Shahidan pada masa sama menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan cadangan Pakatan Harapan itu dan terus menyokong Barisan Nasional yang sentiasa mengotakan janjinya dalam membantu rakyat dengan ikhlas.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan