Budu, ulam hidangan istimewa keluarga Cina Peranakan di Kelantan pada Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KOTA BHARU: Keluarga Cina Peranakan di Kelantan mempunyai keunikan tersendiri bagi tradisi acara makan bersama sempena Tahun Baharu Cina.
Di antaranya adalah menjadikan budu dan ulam sebagai menu santapan wajib.
Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Dr Johari Yap Abdullah berkata untuk acara makan bersama, keluarga beliau amat memahami isu makanan halal dalam agama Islam.
Katanya, biasanya keluarganya yang bukan Muslim menyediakan lebih 10 hidangan dengan mengutamakan sayur-sayuran, manakala selebihnya hidangan ayam dan ikan.
"Saya memeluk Islam pada 1996, keluarga sangat memahami hukum makanan halal, jadi saya rasa amat rugi kalau tidak dapat bersama.
"Ulam-ulaman dicicah dengan budu, kita perah asam limau, lada burung (cili api) dan hirisan serai atau bawang merah, sudah pasti kecur air liur kami sekeluarga semasa menikmati acara makan bersama setiap tahun," katanya kepada Bernama di Kota Bharu, Kelantan, pada Sabtu (10 Feb).
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Pergigian Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, selain itu, keluarganya gemar makan cendawan hitam yang dimasak dalam beberapa menu termasuk fucuk dan suun.
Dr Johari yang tinggal di Kubang Kerian dan berasal dari Kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, berkata setiap tahun keluarga menyerahkan kepadanya bagi menyembelih ayam kampung untuk dijadikan sebagai hidangan utama.
"Sejak memeluk Islam, keluarga saya tahu membezakan menu halal dan sudah pasti masakan ayam kampung rebus istimewa disediakan dari air tangan ibu, Goh Sa Huay, 68 tahun," katanya yang turut pulang ke kampung bersama isteri Norsila Abdul Wahab.
Menurutnya, acara makan bersama atau 'reunion dinner' sangat memberi makna kepada anggota keluarganya kerana dapat berkumpul, terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan biarpun berbeza agama.
"Bukan senang untuk bertemu semuanya secara serentak dan pada hari acara makan bersama seperti malam ini, kami dapat bertanya khabar masing-masing, sekali gus mengerat hubungan," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.