Budaya menunjuk-nunjuk di media sosial terkait dengan masalah kehidupan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexels)
JAKARTA: Tabiat seseorang yang cenderung untuk mempamerkan kekayaan atau budaya menunjuk-nunjuk di media sosial atau 'flex' dikaitkan dengan masalah memiliki rasa tidak selamat atau harga diri yang rendah.
Pensyarah Fakulti Psikologi Universiti Indonesia, Dicky C. Pelupessy memaklumkan, tabiat itu perlu dikaji semula.
“Sebenarnya kalau kita lihat dari sudut psikologi, seseorang itu berdepan masalah harga diri yang rendah. Ada masalah ketika dia rasa selamat, rasa selesa, sehingga timbul rasa tidak selamat semula yang kemudian ingin perasaan itu diganti," kata Encik Dicky kepada portal Antara, seperti dipetik Astro Awani.
Menurut Encik Dicky, setiap manusia mempunyai kesedaran tentang dirinya yang didorong oleh tindakan orang lain.
“Apabila kesedaran dan harga diri sesorang itu rendah, individu itu ingin mendapat pengiktirafan dan pujian bahawa dia lebih baik yang diucapkan dari orang lain."
“Masalahnya, sesetengah orang merasakan bahawa amalan menunjuk-nunjuk boleh digunakan sebagai ‘pampasan’ untuk mendapatkan pengiktirafan itu."
“Seseorang cuba mengimbangi tabiat menunjuk-nunjuk. Dia berfikir bahawa, 'Saya mempunyai harta yang berharga, yang terhad dan mungkin tidak semua orang boleh miliki', dia berfikir bahawa ia akan membuatnya dinilai oleh orang yang lebih baik dan lebih berkuasa. Kemudian dia akan membelinya supaya dia berasa selamat dan selesa,'" jelas Encik Dicky.
Beliau juga berpendapat, jika seseorang itu tidak dapat berdamai dengan dirinya sendiri, maka individu itu akan sentiasa berasa cemas, termasuk sentiasa berasa tidak selamat dan mempunyai harga diri yang rendah.
Jika ia berterusan, ia akan menimbulkan masalah psikologi.
Encik Dicky menasihatkan agar tidak terjebak dalam amalan menunjuk-nunjuk, ambil langkah tersebut dan berfikir sejenak sebelum bertindak, lapor Astro Awani.
“Pertama, letakkan diri anda sebagai penonton atau orang lain yang akan melihat dan bertindak balas terhadap kandungan yang dimuat naik di media sosial. Kedua, cari cara lain untuk meningkatkan harga diri selain tabiat menunjuk-nunjuk,” katanya.
Individu rapat juga boleh menegur atau mengingatkan mereka bahawa budaya itu tidak selalu berakhir dengan pujian sebaliknya akan mendapat cemuhan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.