Skip to main content

Dunia

Budak perempuan 4 tahun maut terkelar benang layang-layang bersalut kaca

Seorang kanak-kanak perempuan yang sedang membonceng motosikal bersama ayahnya maut selepas benang layang-layang yang disalut serbuk kaca terkelar lehernya, menurut laporan pada Ahad (25 Ogos), menjadikannya insiden kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan 4 tahun maut terkelar benang layang-layang bersalut kaca

Angka kematian dan kecederaan akibat kegiatan menerbang layang-layang melonjak kala tiba waktu Hari Kemerdekaan India. (Gambar: NARINDER NANU/AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2019 09:34PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 09:35PM

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan yang sedang membonceng motosikal bersama ayahnya maut selepas benang layang-layang yang disalut serbuk kaca terkelar lehernya, menurut laporan pada Ahad (25 Ogos), menjadikannya insiden kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Layang-layang adalah satu riadah popular di India tetapi ia bertukar menjadi berbahaya sejak kebelakangan ini apabila orang ramai mula menggunakan benang yang disalut serbuk kaca atau logam bagi memutuskan benang layang-layang pesaingnya.

Jumlah kematian dan kecederaan akibat insiden sedemikian dilaporkan meningkat semasa Hari Kemerdekaan India pada setiap 15 Ogos, di mana orang ramai secara tradisinya menerbangkan layang-layang dengan warna yang menyerupai bendera India.

Dalam kejadian pada Sabtu (24 Ogos), Times Of India memetik seorang doktor sebagai berkata kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sedang dalam perjalanan ke sebuah kuil di ibu kota India bersama bapanya apabila benang tajam itu mengelar hampir separuh lehernya.

Sebelum ini, seorang jurutera berusia 28 tahun maut semasa Hari Kemerdekaan ketika sedang menunggang motosikal di New Delhi selepas lehernya terkena benang layang-layang.

Sekitar tiga tahun lalu, pemerintah New Delhi mengeluarkan amaran serta-merta mengenai pengharaman segera pengeluaran, penjualan dan simpanan benang yang diubah suai menjadi tajam.

Pemerintah menyatakan sesiapa yang ditangkap dengan benang seumpama itu boleh dipenjara lima tahun dan didenda 100,000 rupee (S$1,931).

Sunggupun begitu, beberapa kejiranan di New Delhi dan kawasan sekitarnya masih ingkar dan terus menjual benang itu meskipun ia sudah diharamkan.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita