Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak perempuan 12 tahun cuba racun seluruh sekolah gara-gara ingin balas dendam

Gara-gara mahu membalas dendam remaja perempuan dituduh cuba membubuh racun dalam hidangan makan tengah hari di sekolahnya

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan 12 tahun cuba racun seluruh sekolah gara-gara ingin balas dendam

(Gambar hiasan: Noah Seelam/ AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 10:54PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 11:33PM

DEORIA: Gara-gara mahu membalas dendam ke atas kematian adik lelakinya, seorang remaja perempuan 12 tahun dituduh cuba membubuh racun dalam kuah dal yang sepatutnya menjadi hidangan makan tengah hari di sekolahnya.

Pelajar perempuan berkenaan bagaimanapun menafikan tuduhan ke atasnya. "Tukang masak berbohong. Dia cuba memfitnah saya. Keluarga saya sudah membuat aduan polis tentang adik saya yang dibunuh. Dia cuba memfitnah saya," kata pelajar itu ketika ditemui wartawan.

Menurut ayah remaja itu yang bekerja sebagai buruh kasar asing, anak lelakinya meninggal dunia setelah didakwa dipukul di kepalanya oleh seorang pelajar semasa bergaduh di sekolah. Tragedi itu berlaku pada bulan Februari, lapor NDTV.

Menurut polis tempatan, pada sekitar 11.00 pagi (waktu tempatan), tukang masak sekolah berkenaan ternampak remaja itu meletakkan sesuatu ke dalam lauk yang dimasak. Beliau melaporkannya kepada seorang guru, yang segera membuat aduan polis dan menelefon doktor. Terdapat sekitar 135 pelajar di sekolah itu.

"Saya ke sekolah itu bersama pasukan saya dan menjangkakan ramai yang sakit. Mujur, tiada pelajar yang sudah makan hidangan itu. Terdapat cairan berwarna hitam dalam lauk dal dan ia sepertinya racun perosak serangga. Kami akan serahkan sampel ke makmal untuk mengesahkan ini," kata Dr BN Yadav kepada NDTV.

Polis sudah mendakwa remaja itu dengan tuduhan cuba mendatangkan kemudaratan dengan menggunakan racun.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun. Namun, memandangkan dia masih bawah umur, remaja itu ditahan di pusat pemulihan akhlak dan kesnya akan didengar lembaga pengadilan juvenil. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan