Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki rakyat S'pura mati lemas dalam kolam renang kapal pesiaran

Seorang kanak-kanak lelaki rakyat Singapura dijumpai mati lemas di dalam kolam renang sebuah kapal pesiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise pada Isnin (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki rakyat S'pura mati lemas dalam kolam renang kapal pesiaran

Supt Mohd Iqbal Ibrahim.

Diterbitkan : 19 Nov 2019 07:40AM Dikemas Kini : 19 Nov 2019 07:43AM

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki rakyat Singapura dijumpai mati lemas di dalam kolam renang sebuah kapal pesiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise pada Isnin (18 Nov).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak-kanak itu, Heng Kai Lun Alan, 10 tahun, bersama ibu serta seorang rakan ibunya sedang bercuti di dalam kapal itu yang baru tiba dari Singapura sebelum dijadual berangkat ke Phuket, Thailand Isnin malam.

Beliau berkata anggota polis Balai Padang Matsirat menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.30 malam mengenai kejadian lemas yang melibatkan seorang kanak-kanak dalam kolam di atas kapal pesiaran itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai lemas ketika mandi bersendirian di dalam kolam di atas kapal pesiaran tersebut. Ketika kejadian terdapat ‘pool attendant’ dan ramai pengunjung lain, namun mereka gagal untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Polis sudah merakam percakapan saksi serta ‘pool attendant’ itu untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Supt Mohd Iqbal berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk tindakan lanjut, dan kapal pesiaran mewah yang membawa 3,000 penumpang termasuk anak kapal itu meneruskan pelayaran ke Phuket pada pukul 10.30 malam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan