Budak lelaki rakyat Jepun mati ditikam berdekatan sekolahnya di China
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Seorang kanak-kanak lelaki warga Jepun berusia 10 tahun yang ditikam oleh penyerang ketika kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan ke sekolah di Shenzhen, China telah meninggal dunia, dedah kerajaan Jepun pada Khamis (19 Sep).
Kanak-kanak lelaki itu ditikam dalam perjalanan ke sebuah sekolah Jepun pada pukul 8.00 pagi Rabu (18 Sep) oleh suspek berusia 44 tahun, yang ditangkap di tempat kejadian, menurut pihak berkuasa China.
Kanak-kanak itu meninggal dunia pada awal pagi Khamis, kata Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa kepada para wartawan.
"Saya memandang serius terhadap kejadian itu," kata Kamikawa.
"Ini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara. Saya amat kecewa kerana perbuatan keji ini dilakukan terhadap seorang kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah."
Jepun telah meminta China untuk memberikan penjelasan terperinci tentang fakta di sebalik kejadian itu dan mengambil langkah keselamatan yang kukuh, tambahnya.
Serangan itu berlaku berhampiran sekolah mangsa pada ulang tahun insiden pada 1931 yang mencetuskan perang antara China dan Jepun, tarikh sensitif sedang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara masih tegang.
Ia adalah serangan kedua seumpama itu berhampiran kemudahan pendidikan Jepun di China sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Pada bulan Jun, seorang lelaki menyerang bas yang digunakan oleh sebuah sekolah Jepun di bandar timur Suzhou, mengakibatkan kematian seorang warga China yang cuba melindungi seorang ibu Jepun dan anaknya daripada penyerang tersebut.
Juga pada Rabu (18 Sep), sebuah kapal induk pesawat China memasuki perairan Jepun buat pertama kali, yang terbaharu dalam rentetan tindakan tentera China yang mencetuskan bantahan Tokyo terhadap Beijing.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.