Budak lelaki maut selepas ditolak di hadapan kereta api Jerman
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala ibunya cedera selepas seorang lelaki yang tidak dikenali menolak mereka jatuh di hadapan sebuah kereta api di stesen kereta api Frankfurt di Jerman.

(Gambar: AFP)
FRANKFURT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala ibunya cedera selepas seorang lelaki yang tidak dikenali menolak mereka jatuh di hadapan sebuah kereta api di stesen kereta api Frankfurt di Jerman.
Suspek, seorang lelaki berusia 40 tahun asal Afrika yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua mangsa, ditahan polis semasa cuba melarikan diri.
Ibu mangsa yang mengalami kecederaan, dirawat di sebuah hospital selepas sempat melarikan diri dari landasan sejurus kereta api berkelajuan tinggi itu melanggar anaknya.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat kes itu dan menyoal suspek mengenai motifnya.
“Kanak-kanak lelaki dan ibunya ditolak di hadapan sebuah kereta api yang baru tiba di stesen itu. Si ibu berjaya menyelamatkan diri,” kata seorang jurucakap polis.
Kejadian serupa berlaku kira-kira 10 hari sebelumnya apabila seorang wanita berusia 34 tahun dilaporkan maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api oleh seorang lelaki di Voerde, berhampiran Duisburg.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.