Budak lelaki India di Malaysia ini ‘tarik’ suara ketika dendang lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: @burnpazzword/TikTok
PETALING JAYA: Kemampuan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang menyanyikan lagu 'Bunga Angkasa' dendangan kumpulan rok popular Terra Rossa di sebuah majlis perkahwinan, mencuri perhatian ramai.
Rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok @burnpazzword itu berjaya menarik 1.5 juta jumlah tontonan serta 131 ribu tanda suka.
Rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok @burnpazzword itu berjaya menarik 1.5 juta jumlah tontonan serta 131 ribu tanda suka.
Melihat ke ruangan komen, orang ramai melahirkan rasa kagum terhadap kebolehan kanak-kanak lelaki berkenaan yang berbadan kecil, tetapi mempunyai suara yang sangat bagus, dipetik daripada Kosmo Online.
“Yang ada kawan bangsa India saja tahu memang mereka menyanyikan lagu Melayu dengan sedap,” tulis Wan Amy.
“Abang yang Melayu pun tak mampu nak nyanyi lagu ini,” tambah Shazuan, lapor Kosmo Online.
“Bangsa India memang ramai suara sedap. Antara yang popular seperti kumpulan Alleycats, Ben Nathan, Moses Vadham, Jaclyn Victor, Santesh dan ramai lagi,” ulas Salihin.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.