Budak lelaki ditemui terbaring di kawasan loji; tiada butiran maklumat diperolehi
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang pada Rabu (23 Sep).
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang pada Rabu (23 Sep).
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun itu dijumpai orang awam pada kira-kira pukul 9.40 pagi.
“Ketika ditemui kanak-kanak itu lengkap berpakaian baju-T dan berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji itu, namun tiada sebarang butiran maklumat diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini (24 Sep).
Beliau berkata kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.