Budak lelaki, 8 tahun lemas di kolam renang awam di China tanpa diketahui orang berdekatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Blagag!/Youtube)
HUNAN: Seorang budak lelaki lemas di sebuah kolam renang di China tanpa diketahui orang yang berdekatan dengannya sehingga terlambat untuk menyelamatkannya. Rakaman kejadian tersebut di kamera keselamatan sudah tersebar di platform sosial media di China, lapor agensi berita Today.
Video tersebut menunjukkan budak lelaki itu yang bergelut dalam air selama seminit sebelum kelihatan tidak bergerak di sebuah kemudahan kolam renang di bandar Lianyun di wilayah Hunan, China.
Kejadian yang melibatkan budak lelaki berusia 8 tahun itu berlaku pada 14 Ogos, lapor agensi berita di China.
Kamera pengawasan merakam detik di mana budak berkenaan melompat masuk ke dalam salah satu sudut kolam renang tersebut.
Kemudian, dia mula bergelut di dalam air sambil tercungap-cungap cuba untuk bernafas kerana tidak dapat bertapak disebabkan kolam renang yang begitu dalam.
Seorang lelaki berpakaian kemeja-T putih yang menghadap kolam renang itu, tidak menyedari keadaan budak lelaki yang bergelut untuk terus terapung. Begitu juga, seorang individu yang juga berdekatan dengannya.
Pada satu masa, seorang lagi budak lelaki memasuki kolam berdekatan dengan mangsa, tetapi dia juga tidak sedar bahawa budak tersebut mengalami kesusahan di dalam air.
Mangsa beransur-ansur tenggelam lebih dalam, sebelum tenggelam sepenuhnya di dalam air.
Tempoh dua minit berlalu sebelum lelaki yang berpakaian putih itu ternampak tubuh kaku budak lelaki tersebut. Lelaki berkenaan segera meminta pertolongan.
Anggota penyelamat dilihat cuba menyedarkan semula mangsa, menurut agensi berita Today. Namun, budak lelaki itu disahkan meninggal dunia.
Pihak berkuasa sudahpun menutup kolam renang tersebut untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, lapor media di China.
BAGAIMANA UNTUK KENAL PASTI KANAK-KANAK SEDANG LEMAS
Tanda lemas tidak selalunya jelas. Kejadian lemas seringkali berlaku dengan pantas dan secara senyap, lapor agensi berita USA Today.
Dalam masa 20 hingga 60 saat, seorang kanak-kanak yang kekurangan oksigen, akan mula tenggelam. Maka itu, penting untuk bertindak pantas apabila ternampak seorang budak yang lemas.
Tanda pertama untuk mengenal pasti seseorang yang sedang lemas adalah wajah yang tertekan.
Berikut adalah beberapa tanda respons kenalurian terhadap lemas, menurut Sport Singapore:
Nasihat bagi para ibu bapa ialah untuk memastikan kanak-kanak di bawah usia empat tahun sentiasa diawasi walapun mereka mempunyai alat bantuan berenang yang betul seperti pelampung.
Ibu bapa mungkin berfikir yang mereka boleh mendengar anak-anak mereka menjerit meminta bantuan apabila mereka dalam bahaya. Sebaliknya, itu merupakan tanggapan salah kerana seorang kanak-kanak yang lemas berkemungkinan akan cuba mengekalkan kepalanya di atas air daripada meminta bantuan.

- Kepala kekal rendah di dalam air, mulut di paras air
- Kepala condong ke belakang dengan mulut terbuka
- Mata kelihatan berkaca dan kosong, tiada upaya untuk fokus atau menutup mata
- Rambut pada bahagian dahi atau mata
- Kaki dalam keadaan menegak
- Hiperventilasi atau tercungap-cungap
- Percubaan untuk berenang ke arah tertentu tetapi tiada kemajuan
- Percubaan untuk berguling ke bahagian belakang
- Kelihatan seperti sedang memanjat tangga yang tidak dapat dilihat
Nasihat bagi para ibu bapa ialah untuk memastikan kanak-kanak di bawah usia empat tahun sentiasa diawasi walapun mereka mempunyai alat bantuan berenang yang betul seperti pelampung.
Ibu bapa mungkin berfikir yang mereka boleh mendengar anak-anak mereka menjerit meminta bantuan apabila mereka dalam bahaya. Sebaliknya, itu merupakan tanggapan salah kerana seorang kanak-kanak yang lemas berkemungkinan akan cuba mengekalkan kepalanya di atas air daripada meminta bantuan.
Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.