Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki 5 tahun ditahan di AS ketika memandu ke California

Seorang pegawai polis di Utah, barat AS terkejut ketika menghentikan pemandu yang disangkakan kurang upaya di tengah-tengah lebuh raya dan mendapati dia sebenarnya seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki 5 tahun ditahan di AS ketika memandu ke California

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 May 2020 10:02PM Dikemas Kini : 06 May 2020 10:06PM

LOS ANGELES: Seorang pegawai polis di Utah, barat Amerika Syarikat terkejut ketika menghentikan pemandu yang disangkakan kurang upaya di tengah-tengah lebuh raya dan mendapati dia sebenarnya seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Pasukan Ronda Lebuhraya Utah menyatakan budak lelaki itu memberitahu pegawai yang menghentikannya pada Isnin (4 Mei) bahawa dia meninggalkan rumah selepas merajuk dengan ibunya yang enggan membelikannya sebuah kereta Lamborghini.

"Dia memutuskan untuk memandu kereta itu ke California untuk membelinya sendiri," menurut Pasukan Ronda Lebuhraya Utah dalam satu ciapan Twitter. "Bagaimanapun jumlah wang yang dibawanya mungkin tidak mencukupi untuk membeli kereta itu kerana dia hanya mempunyai AS$3 (S$4.25)."

Rakaman video dalam kereta yang dikeluarkan oleh jabatan itu menunjukkan SUV tersebut dipandu tidak tentu arah di tengah-tengah lebuh raya sedang kenderaan-kenderaan lain memecut lalu.

Kereta itu kemudian dihentikan di pinggir kiri lebuh raya setelah pasukan peronda Rick Morgan membunyikan siren.

"Apabila Trp. Morgan berjalan menghampiri sisi pemandu kenderaan, beliau mendapatinya agak aneh kerana tidak dapat melihat kepala pemandu dari tingkap belakang," menurut jabatan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Encik Morgan dalam video itu didengar bertanyakan usia pemandu.

"Kamu berumur lima tahun?" katanya terkejut. "Wow ... Dari mana kamu belajar memandu kereta?"

Polis menyatakan budak lelaki itu, yang identitinya tidak didedahkan, berjaya memandu kira-kira 3-5 km dari rumahnya sebelum dihentikan polis dan ibu bapanya dihubungi.

"Keluarga melaporkan bahawa abang budak itu sepatutnya mengawasinya pagi itu, namun beliau tertidur lalu budak kecil itu mencapai kunci SUV dari cangkuk di rumah mereka," menurut kenyataan itu.

"Mujur, tiada yang tercedera dan tiada kerosakan harta benda berlaku semasa perjalanan singkat itu."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan