Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak lelaki 3 tahun maut setelah terjatuh ke dalam periuk panas

 Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah periuk berisi kuah kari yang panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak lelaki 3 tahun maut setelah terjatuh ke dalam periuk panas

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 01:50PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 01:54PM

HYDERABAD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah periuk berisi kuah kari yang panas.

Mangsa, yang dikenali sebagai Suresh dipercayai sedang bermain dekat kawasan penyediaan makanan dalam satu majlis di daerah Ranga Reddy, Telangana.

Polis Cyberabad dimaklumkan mengenai kemalangan tragik itu oleh bapa kanak-kanak tersebut dan sedang melakukan siasatan ke atas apa yang berlaku.

Menurut pihak berkuasa, mereka menerima aduan mengenai kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sebuah kawah berisi sambhar panas, sekali gus menyebabkan beliau melecur teruk.

Akhbar New Indian Express melaporkan, mangsa dikatakan sedang bermain berhampiran kawasan memasak apabila kemalangan itu berlaku.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital pemerintah di Shabad, sebelum dipindahkan ke hospital besar Osmania, namun meninggal dunia pada Selasa.

Sambar atau Sambhar adalah sejenis stew sayuran berempah yang terkenal di selatan India dan lazimnya dimasak dalam kawah, bagi membolehkan ia dihidang dalam keadaan mendidih.

Kejadian itu berlaku setelah satu insiden sama berlaku awal bulan ini, apabila seorang budak lelaki berusia 6 tahun terjatuh ke dalam periuk mengandungi masakan yang sama. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan