Budak lelaki 11 tahun tular pandu kereta di Klang ditahan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
SHAH ALAM: Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang pada Jumaat (9 Jun), mengundang padah apabila ditahan polis pada Ahad (11 Jun).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit berumur 49 tahun di sebuah rumah di Pandamaran pada pukul 1.15 tengah hari pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video yang ditularkan menerusi media sosial sepanjang 1.21 minit.
"Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna 'silver' yang dipercayai berlaku pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6.00 petang.
"Bertindak atas maklumat, pihak IPD Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran hari ini. Polis menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video yang ditularkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata kedua-dua individu serta kenderaan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak masing-masing supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.