Skip to main content

Dunia

Budak 6 tahun nyaris jadi mangsa ular sawa 60kg

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun nyaris menjadi mangsa ular sawa yang terperangkap dalam kawasan Klinik Desa Kampung Peria pada Isnin (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 6 tahun nyaris jadi mangsa ular sawa 60kg

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 05:46PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 05:51PM

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun nyaris menjadi mangsa ular sawa yang terperangkap dalam kawasan Klinik Desa Kampung Peria pada Isnin (23 Sep).

Ular sawa seberat 60 kilogram dan berukuran empat meter itu gagal keluar dari pagar berkenaan kerana badannya terlalu besar, lapor Astro Awani.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, ular itu adalah yang paling besar tahun ini.

"Kita menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 8.48 pagi dan segera bergegas ke kawasan terbabit.

"Difahamkan, ular terbabit ditemui seorang kanak-kanak dan segera memberitahu bapanya yang kemudiannya memaklumkan kepada jururawat bertugas.

"Operasi menangkap ular itu selesai pada jam 9.05 pagi. Kita menasihati penduduk kampung agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan berwaspada dengan haiwan berbisa," katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita