Budak 4 tahun mati beku selepas berjalan keluar rumah semasa tidur
Hati-hati kalau anak anda sering berjalan semasa tidur. Mereka tidak akan menyedari bahawa perbuatan mereka boleh meletakkan diri sendiri dalam bahaya.
Bogdan, 4 tahun, maut ketika keluar rumah semasa tidur. (Gambar: The Siberian Times)
SIBERIA: Hati-hati kalau anak anda sering berjalan semasa tidur. Mereka tidak akan menyedari bahawa perbuatan mereka boleh meletakkan diri sendiri dalam bahaya.
Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang mati beku dalam musim sejuk di wilayah Krasnoyarsk, Rusia.
Menurut laporan Metro UK, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bogdan itu berjalan keluar dari rumah untuk menuju ke rumah jirannya dalam keadaan tidur.
Ibu Bogdan hanya menyedari anaknya itu tidak berada dalam rumah ketika baru bangun tidur pada jam 6.00 pagi.
Beliau kemudian menemukan anaknya sedang terbaring kaku di luar rumah dalam musim sejuk di mana suhu menjunam di bawah paras sifar, iaitu -20°C.
Bogdan hanya memakai baju tidur tanpa kasut atau topi semasa kejadian, lapor Metro UK.
Keluarganya mendedahkan bahawa Bogdan sebelum ini pernah berjalan keluar rumah semasa tidur. Namun, kejadian tersebut berlaku semasa musim panas.
Menurut laporan Metro UK lagi, pihak berkuasa Rusia sedang menjalankan siasatan ke atas kes ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.