Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak 11 tahun laung azan setiap hari supaya ayah cepat sembuh

Seorang kanak-kanak melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu, dengan harapan bapanya sembuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 11 tahun laung azan setiap hari supaya ayah cepat sembuh

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 29 Jan 2018 03:27PM Dikemas Kini : 29 Jan 2018 10:26PM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu, dengan harapan bapanya sembuh.

Raden Nabil Zakiyudin R. Zakariya, 11 tahun, melaungkan azan setiap kali pulang dari sekolah dan berharap bapanya bangun serta menemaninya ke masjid yang terletak di depan rumah, lapor laman Malay Mail.

"Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu seperti yang dipetik oleh Harian Metro.

Bapanya R. Zakariya R. Abdul Hamid, 51 tahun, terlantar akibat kerosakan saraf sejak dilanggar kereta ketika menaiki motosikal pada 2015.

Nabil, murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya, Kuala Lumpur pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan dan dia juga diminta melakukan hal sama di masjid, lapor laman Malay Mail.

Rakaman video Nabil melaungkan azan yang viral di laman Facebook mengundang simpati ramai.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah," kata Nabil, yang turut meminta orang ramai mendoakan bapanya.

Menerusi rakaman video tersebut, Nabil yang memakai baju warna merah jambu dilihat berdiri di tepi katil di mana bapanya berbaring dan melaungkan azan.

Saksikan rakaman video berikut:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan