Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bubar DUN kerana perlu mandat baru demi kemajuan, rancakkan pembangunan negeri

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diperlukan bagi mendapat mandat baru daripada rakyat Johor untuk menjadikannya sebuah negeri yang maju dan rancak dengan pembangunan.

Beliau berkata kerajaan yang kuat akan dapat membantu negeri dan rakyat Johor menjadi lebih maju berdasarkan kedudukan strategik dan potensi negeri ini. 

"Jadi untuk jadi negeri yang maju dan rancak pembangunannya, untuk itu, saya perlu fresh mandate (mandat baru) daripada rakyat Johor. Kerajaan yang kuat akan dapat membantu negeri dan rakyat Johor lebih maju berdasarkan (kedudukan) strategik dan potensi negeri Johor. 

"Perkara (program-program kepentingan rakyat) ini perlu diteruskan tetapi memandangkan kedudukan kerajaan yang boleh dikatakan sebagai bergerak atas ‘ehsan pembangkang' saya fikir tidak wajar sama sekali berlaku di negeri ini," kata beliau kepada wartawan di Bangunan UMNO Johor hari ini (22 Jan). 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan