Buaya 'teman' wanita cuci pinggan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram
JAKARTA: Dek sudah terbiasa berdepan buaya darat yang dikatakan lebih berbahaya daripada buaya sebenar, wanita ini tidak gerun 'didampingi' reptilia yang sering mengunjungi rumahnya.
Setiap kali wanita itu mencuci pinggan, beliau akan 'ditemani' seekor buaya yang berlegar-legar di bawah rumah air miliknya, lapor laman berita iNews hari ini.
Keadaan itu dirakam dan menjadi tular di media sosial Indonesia dan dilaporkan laman berita iNews pada Selasa (19 Sep).
Video itu dipercayai dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau, menurut laporan Kosmo.
Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tekun mencuci pinggan di bahagian belakang sebuah rumah yang didirikan di atas air.
Air jernih jelas memaparkan seekor buaya sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut, seperti dilihat di dalam video tersebut.
Sesekali, wanita berkenaan melempar sesuatu ke arahnya dan disambar oleh reptilia itu.
Menurut keterangan video tersebut, meskipun kelihatan berbahaya, situasi seperti itu biasa dilihat di lokasi berkenaan, lapor Kosmo.
“Ini pemandangan biasa di Anambas. Meskipun aksi ini berbahaya, namun penduduk sudah berdamai dengan alam. Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati ketika melakukan aktiviti berhampiran air,” menurut kenyataan tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Tetap perlu berhati-hati kerana naluri haiwan sukar dijangka. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja,” kata seorang netizen.
“Wanita itu sudah biasa berhadapan dengan ‘buaya darat’ yang lebih menakutkan. Jadi, dia sudah tidak berasa takut dengan buaya air,” kata pengguna lain.

Sumber : Agensi berita/SF/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.