AS buat kesimpulan muktamad pembunuhan Khashoggi awal minggu depan
Amerika Syarikat akan membuat kesimpulan muktamad mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Encik Jamal Khashoggi pada awal minggu depan.
AMERIKA SYARIKAT: Amerika Syarikat akan membuat kesimpulan muktamad mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Encik Jamal Khashoggi pada awal minggu depan.
Presiden Donald Trump berkata beliau akan menerima laporan lengkap mengenai kes itu menjelang Selasa ini (20 Nov).
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang menyiapkan laporan tersebut.
Presiden Trump menyifatkan sebagai "terlalu awal" hasil penilaian oleh Agensi Risik Amerika (CIA) berhubung kes itu.
CIA menyatakan Encik Khashoggi dibunuh atas arahan Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman.
"Saudi adalah sekutu rapat kami. Saudi memberi kami banyak peluang pekerjaan, banyak perniagaan, banyak pembangunan ekonomi. Saudi merupakan sekutu yang amat baik dari segi pekerjaan, pembangunan ekonomi dan saya juga, sebagai Presiden, perlu mengambil kira banyak perkara dalam membuat pertimbangan keputusan," menurut Presiden Donald Trump.
Encik Khashoggi, bekas penasihat kerajaan Saudi yang kemudian berubah menjadi pengkritik utamanya, dibunuh di dalam bangunan konsulat Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober lalu.
Riyadh menyangkal laporan CIA yang mengaitkan Putera Mahkota Mohammad dengan pembunuhan itu yang dilakukan sekumpulan ejen dari Saudi.
Sehingga kini mayat Encik Khashoggi belum ditemui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.