Brunei rasmikan sidang perniagaan, pelaburan jelang puncak ASEAN; Wakil junta Myanmar tidak diundang
Sehari sebelum sidang puncak dijadualkan bermula, pengerusi ASEAN, Brunei Darussalam merasmikan persidangan bagi perniagaan dan pelaburan.

Gambar: REUTERS
BANDAR SERI BEGAWAN: Sehari sebelum sidang puncak dijadualkan bermula, pengerusi ASEAN, Brunei Darussalam merasmikan persidangan bagi perniagaan dan pelaburan.
Dalam ucapan yang disampaikan secara maya, Sultan Hasanal Bolkiah tidak menyebut tentang Myanmar.
Sebaliknya ucapan ditumpukan kepada usaha menangani COVID-19 serta bergerak ke hadapan secara bersama.
Turut menyertai pesidangan adalah para pemimpin dari China, Rusia dan Amerika Syarikat.
Isu-isu yang dibangkitkan termasuk menangani pandemik, keselamatan serantau serta krisis di Myanmar.
Ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing tidak diundang ke sidang puncak kali ini, kerana tiadanya kemajuan berhubung pelan damai lima perkara yang disepakati April lalu bagi menangani krisis Myanmar.
Keputusan tersebut dikecam Myanmar kerana dianggap melanggar prinsip ASEAN, namun ia berjanji akan memberi kerjasama sebaik mungkin.
ASEAN sebaliknya mengundang Encik Chan Aye, diplomat paling kanan Myanmar, sebagai wakil bukan politiknya. Namun tidak jelas sama ada beliau akan hadir.
Negara-negara anggota ASEAN menerima tekanan antarabangsa untuk menghentikan krisis di Myanmar yang telah mengorbankan lebih 1,100 jiwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.