Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brunei nafi amal diskriminasi gay

Brunei menegaskan ia tidak mendiskriminasi "kecenderungan seksual" individu walaupun kanun keseksaan baru undang-undang Syariah negara itu memasukkan hukuman rejam sampai ke mati ke atas golongan gay dan penzina.

Anggaran Waktu Membaca:

GENEVA: Brunei menegaskan ia tidak mendiskriminasi "kecenderungan seksual" individu walaupun kanun keseksaan baru undang-undang Syariah negara itu memasukkan hukuman rejam sampai ke mati ke atas golongan sejenis dan penzina.

Meskipun Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan minggu ini hukuman itu tidak akan dilaksanakan, negara itu tetap mempertahankan diri pada penilaian luar biasa mengenai rekodnya di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (10 Mei).

Negara kecil di pulau Borneo itu berdepan kecaman antarabangsa berhubung keputusan bulan lalu untuk memasukkan undang-undang Syariah ke dalam kanun jenayahnya.

“Arahan kanun keseksaan Syariah tidak menjadikan seseorang itu penjenayah berdasarkan kecenderungan seksual atau kepercayaan,” kata Timbalan Menteri Luar, Erywan Mohn Yusof.

Beliau berucap di Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang menyaksikan pelaksanaan hak asasi manusia sesebuah negara diperhatikan setiap lima tahun.

Menurutnya, penduduk di Brunei, tanpa mengira kecenderungan seksual, meneruskan kehidupan dan aktiviti mereka secara tertutup.

“Mereka tidak didiskriminasi dalam apa cara,” kata Encik Erywan.

Kanun Syariah berkuat kuasa April lalu, menjadikan ia satu-satunya di negara di Asia Timur dan Tenggara melaksanakan undang-undang Syariah di peringkat negara.

Memberi reaksi kepada kritikan, Encik Erywan berkata walaupun Brunei tidak menjadikan seseorang sebagai penjenayah berdasarkan pilihan mereka sendiri, ia melarang aksi sejenis untuk melindungi agama, tradisi dan nilai sosial negara itu.  

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan