Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brunei lapor kes kematian pertama dalam lebih setahun

Brunei melaporkan dua kes kematian akibat COVID-19 hari ini, iaitu kes kematian pertama di negara tersebut dalam tempoh lebih setahun sedang ia bergelut dengan penularan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei lapor kes kematian pertama dalam lebih setahun

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque di Bandar Seri Begawan. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 24 Aug 2021 09:19PM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 09:21PM

KUALA LUMPUR: Brunei melaporkan dua kes kematian akibat COVID-19 hari ini (24 Ogos), iaitu kes kematian pertama di negara tersebut dalam tempoh lebih setahun sedang ia bergelut dengan penularan baru.

Seorang wanita berusia 85 tahun dan seorang lelaki 69 tahun, kedua-duanya warga Brunei, meninggal dunia selepas mengalami jangkitan paru-paru setelah dimasukkan ke sebuah pusat kuarantin bulan ini, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Brunei sebanyak lima kes sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Kali terakhir negara dengan 450,000 penduduk itu melaporkan kematian akibat COVID-19 adalah pada Jun tahun lalu.

Brunei mencatat jumlah rekod kes COVID-19 selepas jangkitan pertama dalam masyarakat dikesan dalam tempoh 15 bulan.

Singapura mengirimkan 100,000 dos vaksin Moderna COVID-19 ke Brunei.

Pihak berkuasa sudah menutup pawagam dan tempat-tempat ibadat, melarang kegiatan duduk makan di restoran dan melarang penduduk daripada meninggalkan rumah mereka kecuali bagi tujuan penting.

Lagi 110 kes baru COVID-19 dicatat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 1,983 sejak pandemik bermula.

Jumlah kes jangkitan di Brunei kekal rendah berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, yang bergelut dengan gelombang varian Delta.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan