Skip to main content

Dunia

Brunei lancar sistem identiti digital kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei lancar sistem identiti digital kebangsaan
Sampel aplikasi sistem identiti digital kebangsaan. (Gambar: MOHA & MITC)
Diterbitkan : 04 Jan 2026 07:12PM Dikemas Kini : 04 Jan 2026 07:24PM
BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei memperkenalkan Brunei Identiti Digital atau Brunei ID, iaitu sistem identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai bentuk pengenalan diri elektronik untuk rakyatnya, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha transformasi digital negara itu, lapor Xinhua.

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei serta Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada Jumaat (2 Jan) menyatakan bahawa inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus digital negara itu, di samping memudahkan akses yang selamat, mudah dan mesra pengguna kepada perkhidmatan digital kerajaan.

Brunei ID membolehkan rakyat dan penduduk Brunei mengesahkan identiti digital mereka apabila mengakses perkhidmatan online kerajaan menerusi satu mekanisme log masuk tunggal yang disokong oleh pengesahan biometrik.

Dibangunkan berasaskan prinsip keselamatan dan privasi yang kukuh, pengesahan biometrik dilaksanakan secara setempat pada peranti pengguna, manakala data peribadi dilindungi mengikut keperluan keselamatan dan perlindungan data yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perkhidmatan digital kerajaan lain akan disepadukan secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaan yang teratur serta selaras dengan keperluan kerajaan, keselamatan dan perlindungan data, seiring dengan transformasi digital perkhidmatan awam Brunei dan rangka kerja ekonomi digital kebangsaan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita