Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brunei guna topi keledar pintar untuk imbas suhu badan jemaah di masjid

Brunei menggunakan topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei guna topi keledar pintar untuk imbas suhu badan jemaah di masjid

(Gambar: Borneo Bulletin)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 12:32PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 12:43PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei menggunakan topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.

Peralatan berteknologi tinggi yang baru diperoleh itu sudah digunakan di banyak negara lain dan akan dimanfaatkan untuk memudahkan usaha memantau jemaah yang memasuki masjid.

Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Maswadi Mohsin, ditukil oleh Borneo Bulletin sebagai berkata topi keledar berkenaan menggantikan pengimbas sedia ada.

"Kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kesesakan semasa memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial dipatuhi," katanya.

Satu demonstrasi diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah minggu lalu mengenai keupayaan alat itu, dalam usaha meningkatkan keberkesanan membendung penularan COVID-19.

Topi keledar yang dipakai oleh pegawai bertugas, dapat mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak, yang kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan pada skrin komputer riba.

Ditanya mengenai jumlah topi keledar yang diperuntukkan untuk sebuah masjid, Encik Maswadi memberitahu Borneo Bulletin, "Ia bergantung kepada saiz masjid. Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapatkan 12 topi keledar, yang akan diedarkan kepada masjid-masjid terpilih bergantung kepada situasi dan keupayaan menampung jemaah."

Fungsi dan larasan topi keledar itu juga boleh diakses menggunakan jam pintar khusus yang disediakan.

Senarai masjid yang menggunakan teknologi terkini itu akan berubah setiap minggu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan