Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

British Airways perkenal pakaian seragam baru; pramugari dibenar pakai hijab

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Syarikat penerbangan British Airways buat kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun memperkenalkan pakaian seragam baru - termasuk 'jumpsuit' dengan pilihan tunik. 

Malah, anak kapal wanita beragama Islam turut dibenarkan memakai tudung semasa bertugas. 

Ia menyusuli langkah syarikat penerbangan Virgin Atlantic yang memberi pilihan kepada anak kapal wanita untuk memakai seluar, lapor BBC. 

Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng dan mengambil masa hampir lima tahun untuk direalisasikan, termasuk penangguhan selama dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Sepanjang tempoh itu, rekaan Encik Boateng menjalani ujian, termasuk melalui suhu beku dan hujan mencurah-curah. 

Koleksi itu akan dilancarkan pada musim bunga nanti bagi 30,000 pekerja British Airways. 

Encik Boateng turut mereka sut tiga helai bagi pekerja lelaki, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar, selain daripada jumpsuit. 

"Lebih 1,500 kakitangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian dan mereka secara senyap-senyap telah menguji pakaian seragam baru itu selama enam bulan dalam penerbangan kargo," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan