Britain usul kerjasama semikonduktor dengan ASEAN bagi wujudkan rantaian bekalan global berdaya tahan
Anggaran Waktu Membaca:
Pesuruhjaya Perdagangan Diraja Britain (HMTC) Asia Pasifik, Martin Kent. (Gambar fail: Bernama)
LONDON: Britain berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama industri dengan negara-negara ASEAN, terutamanya dalam industri semikonduktor agar ia mampu mewujudkan rantaian bekalan global yang berdaya tahan dalam usaha menangani ketidakpastian perdagangan yang berterusan termasuk kemungkinan penguatkuasaan tarif yang lebih berat ke atas industri itu oleh Amerika Syarikat.
Pesuruhjaya Perdagangan Diraja Britain (HMTC) Asia Pasifik, Martin Kent percaya sektor semikonduktor boleh menjadi bidang keutamaan kerjasama dengan negara-negara ASEAN, memandangkan Malaysia dan Singapura sedang mengungguli ruang semikonduktor di rantau ini.
Katanya lagi, berikutan pengumuman Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif 300 peratus ke atas semikonduktor, sudah tiba masanya untuk Britain dan ASEAN mencari usaha penyelarasan agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama bagi menyokong rantaian nilai industri tersebut.
"Kami menyedari bahawa Malaysia memiliki industri semikonduktor yang agak cemerlang, begitu juga di Singapura serta negara-negara lain di rantau ini," katanya kepada Bernama pada Khamis (21 Ogos).
Berbanding dengan negara-negara lain, Britain tidak mempunyai kemudahan fabrikasi tetapi ia menghasilkan beberapa peralatan khusus yang digunakan sebagai komponen untuk proses pembuatan semikonduktor.
Komponen ultra termaju agak bersifat teknikal dan sangat penting kepada jentera yang lebih besar, di sinilah letaknya kepakaran Britain.
"Ini adalah bahagian dalam rantaian nilai yang dapat kami buat di Britain memandangkan keupayaan ini sukar untuk dibuat di tempat lain tetapi di tempat-tempat tersebut sebaliknya mempunyai keupayaan yang kami tidak ada, jadi, kerjasama ini akan membantu.
"Kami telah melihat hubungan ini secara positif dari segi integrasi dan kerjasama rantaian bekalan," kata Encik Kent, yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN (SEOM) semalam sebagai persediaan untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) bulan depan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.