Britain timbang guna chatbot Claude keluaran Anthropic bagi perkhidmatan awam
Britain akan meneroka penggunaan 'chatbot' Claude, yang dihasilkan oleh syarikat pemula kecerdasan buatan (AI), Anthropic untuk menambah baik cara orang ramai berinteraksi dengan maklumat dan Perkhidmatan Awam, menurut kerajaan negara itu pada Jumaat (14 Feb).
Perdana Menteri Britain Keir Starmer berikrar akan menjadikan negaranya sebagai “kuasa besar” dalam bidang kecerdasan buatan (AI). (Gambar hiasan: iStock)
Anthropic, pesaing kepada pemilik ChatGPT, iaitu OpenAI dan disokong oleh Google dan Amazon, telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan Britain bagi kerjasama itu.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah berikrar akan menjadikan Britain sebagai "kuasa besar" bagi bidang kecerdasan buatan (AI), berjanji akan meningkatkan daya penghasilan Perkhidmatan Awam melalui AI dan mengambil pendekatan pro-inovasi terhadap peraturan.
"Kerjasama hari ini dengan Anthropic mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan Britain sebagai tempat terbaik untuk membina AI supaya faedah teknologi transformatif ini dirasai oleh orang ramai dan perniagaan di seluruh negara," kata Menteri Teknologi Britain Peter Kyle.
Claude sudahpun digunakan oleh kerajaan dan institusi awam termasuk parlimen Eropah, yang menggunakan chatbot untuk menjadikan arkibnya lebih mudah diakses, mengurangkan masa yang diperlukan untuk carian dan analisis dokumen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.