Britain tidak lagi wajibkan pelawat dari China jalani ujian COVID-19 mulai minggu depan

Para penumpang menunggu di luar prasarana saringan COVID-19 di Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow pada 30 Nov 2022. (Gambar: Adrian Dennis/ AFP)
Menurut akhbar The Independent pada Isnin (2 Jan), ujian itu di Lapangan Terbang Heathrow akan dilakukan secara sukarela.
Mereka yang diuji positif tidak akan dikenakan kuarantin ataupun diarah mengasingkan diri.
Britain adalah dalam kalangan sejumlah negara yang memerlukan mereka dari China menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19 sebelum berlepas ke negara-negara tersebut.
Ia berikutan kenaikan besar kes COVID-19 di China sekarang setelah negara itu menghapuskan hampir kesemua sekatannya.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.