Britain siap sedia tangani lonjakan pesakit COVID-19 di hospital
Britain menggerakkan semula hospital-hospital darurat yang didirikan semasa COVID-19 mula menular di negara itu.

(Gambar: REUTERS/Henry Nicholls)
LONDON: Britain menggerakkan semula hospital-hospital darurat yang didirikan semasa COVID-19 mula menular di negara itu.
Di samping itu semua sekolah rendah di London juga ditutup.
London adalah salah satu tempat penularan pesat varian baru virus COVID-19.
Sepanjang empat hari lalu lebih 50,000 kes baru dicatatkan setiap hari di Britain, sebahagiannya kerana varian baru itu.
Pihak khidmat kesihatan Britain sedang membuat persiapan kemungkinan pertambahan besar jumlah pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital-hospital.
Beberapa hari lalu Hospital Diraja London memberitahu para kakitangannya bahawa hospital itu kini diletakkan dalam "keadaan darurat perubatan" dan tidak lagi berupaya memberi rawatan kritikal bermutu tinggi.
Hospital-hospital sementara terletak di tempat-tempat seperti pusat konvensyen yang tidak lagi banyak digunakan kerana pandemik COVID-19.
Bagaimanapun Maktab Jururawat Diraja Britain menyatakan negara tersebut tidak lagi mempunyai cukup jururawat untuk dihantar ke hospital-hospital sementara itu.
Ramai jururawat telah juga dijangkiti virus COVID-19 atau dipaksa mengasingkan diri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.