Skip to main content

Dunia

Britain pertahan perjanjian Kepulauan Chagos selepas Trump sifatkannya 'sangat bodoh'

Kerajaan Britain mempertahankan perjanjian berkaitan Kepulauan Chagos menyusuli kritikan keras Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang menyifatkan langkah tersebut sebagai “tindakan yang sangat bodoh”.
Anggaran Waktu Membaca:
Britain pertahan perjanjian Kepulauan Chagos selepas Trump sifatkannya 'sangat bodoh'
Gambar yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ini menunjukkan pemandangan udara Pulau Diego Garcia. (Gambar: AP/Tentera Laut Amerika Syarikat)
Diterbitkan : 21 Jan 2026 10:25AM
  • Kerajaan Britain mempertahankan perjanjian berkaitan Kepulauan Chagos selepas dikritik keras oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
  • Jurucakap Britain menegaskan perjanjian itu hasil rundingan diplomatik panjang dan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta kepentingan strategik.
  • Perdana Menteri Keir Starmer menyatakan London akan terus berunding dengan Washington, menekankan komitmen terhadap keadilan sejarah dan penyelesaian berasaskan peraturan.
  • Isu Chagos mendapat tekanan antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyatakan pentadbiran British ke atas kepulauan itu tidak sah.
Dijana oleh AI
LONDON: Kerajaan Britain mempertahankan perjanjian berkaitan Kepulauan Chagos menyusuli kritikan keras Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang menyifatkan langkah tersebut sebagai “tindakan yang sangat bodoh”.

Jurucakap kerajaan Britain berkata perjanjian itu adalah hasil rundingan diplomatik yang panjang dan dibuat selaras dengan undang-undang antarabangsa serta kepentingan strategik jangka panjang Britain dan sekutunya.

Menurutnya lagi, keputusan berkenaan diambil selepas pertimbangan menyeluruh terhadap aspek keselamatan, sejarah dan hubungan antarabangsa.

Kritikan Encik Trump merujuk kepada persetujuan Britain untuk memuktamadkan aturan masa depan Kepulauan Chagos, termasuk isu kedaulatan dan hak masyarakatnya yang dipindahkan secara paksa beberapa dekad lalu.

Bagaimanapun, pegawai Britain menegaskan perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan keselamatan bersama, termasuk operasi ketenteraan di Pangkalan Diego Garcia, yang kekal penting kepada kerjasama pertahanan dengan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Keir Starmer berkata London akan terus berunding secara konstruktif dengan Washington, sambil menekankan bahawa keputusan tersebut mencerminkan komitmen Britain terhadap penghuraian berasaskan peraturan dan keadilan sejarah.

Isu Chagos sudah lama menjadi pertikaian antarabangsa, dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini menyatakan bahawa pentadbiran British ke atas kepulauan itu adalah tidak sah, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas London untuk mencari penyelesaian muktamad.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita