Skip to main content

Dunia

Britain mungkin minta rakyatnya beri perlindungan kepada warga Afghanistan; serupa skim 'Homes for Ukraine'

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Kerajaan Britain sedang mempertimbangkan untuk memberi perlindungan kepada pelarian Afghanistan menerusi skim "Homes for Afghans", inisiatif yang serupa dengan satu lagi program dibiayai kerajaan dipanggil "Homes for Ukraine", menurut Menteri Imigresen Robert Jenrick pada Selasa (11 Jul), lapor Sputnik.

Pada Mac 2022, kerajaan Britain melancarkan skim "Homes for Ukraine", yang membenarkan pihak berkuasa tempatan, individu atau badan amal menyediakan kediaman sementara dan percuma kepada pelarian dari Ukraine dan "menerima bayaran bulanan AS$450 (S$598) semasa tempoh 12 bulan pertama, meningkat kepada AS$650 (S$864) sebulan dalam tempoh 12 bulan berikutnya."

"Skim 'Homes for Ukraine' adalah suatu yang hebat, yang patut kita semua banggakan. Saya sendiri mengambil bahagian pada satu ketika. Untuk mewujudkan skim yang setanding bagi rakyat Afghanistan, itu adalah sesuatu yang harus kita pertimbangkan dan saya yakin bahawa Michael Gove, yang bertanggungjawab dalam hal ini sedang mempertimbangkannya," kata Encik Jenrick dipetik akhbar The Guardian.

Kerajaan Britain sedang mempertimbangkan langkah itu kerana sekurang-kurangnya 8,000 warga Afghanistan yang tiba di Britain pada 2021 akan diusir dari hotel pada Ogos nanti apabila program perumahan kerajaan berakhir.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita