Britain luluskan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca, Universiti Oxford
Britain meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama syarikat AstraZeneca dan Universiti Oxford.

(Gambar: AFP)
LONDON: Britain meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama syarikat AstraZeneca dan Universiti Oxford.
Ia adalah negara pertama yang memberi lampu hijau kepada vaksin tersebut dan sudah menempah 100 juta dos.
Pada masa ini, Britain hanya menggunakan vaksin syarikat Pfizer-BioNTech bagi melawan pandemik itu.
Bagaimanapun, Britain kini turut berdepan dengan penularan pesat varian baru virus COVID-19 yang dikatakan lebih mudah berjangkit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.