Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain, Indonesia meterai perjanjian awal bagi kerjasama projek laluan kereta api

Anggaran Waktu Membaca:
NUSA DUA: Britain dan Indonesia pada Isnin (14 Nov) memeterai surat yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam pembangunan laluan kereta api, khususnya projek pengangkutan pantas (MRT) Jakarta.

Demikian menurut kedutaan Britain dalam satu kenyataan media.

UK Export Finance (UKEF), agensi kredit eksport Britain menzahirkan minat untuk menyediakan sehingga $1.25 bilion (S$1.7 bilion) bagi projek tersebut, menurut kenyataan itu.

UKEF mempunyai sehingga £4 bilion ($S6.4 bilion) pembiayaan yang disediakan untuk Indonesia.

Kenyataan itu juga menyatakan agensi tersebut sedang secara aktif mencari projek yang serupa di negara itu untuk disertai.

MRT Jakarta bernilai $3 bilion (S$4.1 bilion) mula beroperasi pada 2019 selepas laluan sepanjang 16 kilometer itu siap di bawah fasa pertama pembangunan.
Ia dibina dengan kepakaran dan pembiayaan Jepun.

Fasa kedua pembangunan sedang dijalankan.

"Ekonomi terkemuka kami komited kepada perkongsian strategik yang akan meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan dua hala kami dengan ketara. Saya gembira kerana kepakaran dan kewangan UK menyokong pembangunan prasarana Indonesia," kata Owen Jenkins, duta Britain ke Indonesia dalam satu kenyataan media.

Perjanjian awal itu dimeterai semasa sidang puncak B20, persidangan perniagaan di luar mesyuarat pemimpin Kumpulan 20 minggu ini di pulau peranginan Indonesia, Bali.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan