Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain harap G7 'sepakat' sanggah Rusia berhubung krisis Ukraine

Negara-negara demokrasi terkaya di dunia pada Sabtu (11 Dis) bersepakat untuk membantah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine apabila Britain menjadi tuan rumah bagi mesyuarat melibatkan menteri-menteri ehwal luar di Liverpool, bandar utara England, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain harap G7 'sepakat' sanggah Rusia berhubung krisis Ukraine

Setiausaha Ehwal Luar Britain Liz Turss dan Setiausaha Negara AS Antony Blinken bergambar sebelum mesyuarat dua hala menjelang sidang puncak menteri-menteri ehwal luar G7 di Liverpool pada 10 Dis 2021. (Gambar: Pool menerusi AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2021 12:20PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 12:21PM

LIVERPOOL, England: Negara-negara demokrasi terkaya di dunia pada Sabtu (11 Dis) bersepakat untuk membantah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine apabila Britain menjadi tuan rumah bagi mesyuarat melibatkan menteri-menteri ehwal luar di Liverpool, bandar utara England, lapor Reuters.

Mesyuarat G7 itu, yang dihadiri secara fizikal oleh Setiauasaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan rakan-rakan sejawatannya dari Perancis, Itali, Jerman, Jepun dan Kanada, diadakan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa bahawa Rusia mungkin mencerobohi Ukraine. Rusia bagaimanapun menyangkal ia merancang untuk melancarkan sebarang serangan.

"Apa yang kita perlu lakukan adalah mencegah Rusia daripada mengambil tindakan seumpama itu," Menteri Ehwal Luar Britain Liz Truss memberitahu wartawan menjelang mesyuarat tersebut.

"Tujuan mesyuarat G7 pada hujung minggu ini adalah... untuk menunjukkan kesepaduan ekonomi-ekonomi besar yang bersependapat bahawa kami akan benar-benar menegakkan pendirian kami terhadap pencerobohon berkaitan dengan Ukraine."

Ukraine menjadi titik tumpuan krisis hubungan Timur-Barat apabila ia menuduh Rusia menghimpunkan puluhan ribu askar sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan serangan tentera berskala besar.

Rusia menuduh Ukraine dan AS memporak-perandakan keadaan dan menyatakan ia jaminan keselamatan bagi perlindungannya sendiri.

Di mesyuarat itu juga, G7 dijangka membuat gesaan bersama agar Iran menyederhanakan program nuklearnya dan mengambil peluang daripada perbincangan yang berlangsung di Vienna untuk menghidupkan semula perjanjian berbilang hala mengenai perkembangan nuklearnya.

Jerman, yang mengambil alih kepimpinan G7 yang bergilir-gilir dari Britain pada tahun depan, dijangka menetapkan program untuk 2022 di mesyuarat itu, lapor Reuters.

Menteri-menteri dari Kesatuan Eropah (EU), Australia, Korea Selatan dan India akan mengambil bahagian dalam beberapa sesi selaku tetamu undangan G7, bersama dengan para wakil dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan