Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain hadapi mogok terbesar pekerja sektor jagaan kesihatan bagi tuntut kenaikan gaji

Anggaran Waktu Membaca:
Britain hadapi mogok terbesar pekerja sektor jagaan kesihatan bagi tuntut kenaikan gaji

Orang ramai memegang pelanduk di hujung perarakan sebuah mogok, di luar 10 Downing Street di London pada 18 Jan 2023, yang dianjurkan oleh Persatuan Doktor UK, NHS Workers Say No! dan NHS Staff Voices dalam menyokong tuntutan bagi kenaikan gaji. (Gambar: CARLOS JASSO / AFP)

LONDON: Britain menghadapi mogok terbesar melibatkan para pekerja sektor jagaan kesihatannya pada Isnin (6 Feb).

Puluhan ribu jururawat dan pekerja ambulans akan menyertai mogok itu bagi menuntut kenaikan gaji.

Sejak lewat tahun lalu, para jururawat dan pekerja ambulans mengadakan mogok secara berasingan.

Namun pada Isnin, mereka mengadakan mogok secara bersama-sama dan menjadikannya yang terbesar dalam sejarah 75 tahun Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain (NHS).

Pada hari Khamis nanti (9 Feb) pula, para ahli fisioterapi akan mengadakan mogok.

Para kakitangan kesihatan meminta kenaikan gaji yang mencerminkan keadaan inflasi negara itu yang terburuk dalam masa 40 tahun.

Kos sara hidup yang melambung tinggi juga telah mendorong sekitar setengah juta pekerja, kebanyakannya dari sektor awam, untuk mengadakan siri mogok sejak musim panas yang lalu.

Ia sekali gus menambahkan tekanan kepada Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak untuk menghuraikan pertikaian berkenaan dan mengurangkan gangguan terhadap perkhidmatan awam seperti kereta api dan sekolah-sekolah.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan